SPRM tahan empat pegawai badan berkanun, dua pekerja agensi pelancongan

SPRM tahan empat pegawai awam daripada sebuah badan berkanun persekutuan bersama dua pekerja sebuah syarikat agensi pelancongan. - Foto hiasan
SPRM tahan empat pegawai awam daripada sebuah badan berkanun persekutuan bersama dua pekerja sebuah syarikat agensi pelancongan. - Foto hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai awam daripada sebuah badan berkanun persekutuan bersama dua pekerja sebuah syarikat agensi pelancongan, pada Selasa.

Penahanan enam individu berusia antara 30 hingga 50 tahun itu dilakukan susulan siasatan berhubung tuntutan palsu membabitkan pembelian tiket penerbangan.

Menurut sumber, semua suspek dipercayai terlibat dalam tuntutan butiran penerbangan bernilai RM1.3 juta yang telah dipalsukan.

Katanya, siasatan mendapati tiket sebenar tidak disediakan oleh syarikat berkenaan kepada pegawai dan kakitangan jabatan terbabit.

“Enam suspek, terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita, ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, mengesahkan penahanan berkenaan dan menegaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu.

Katanya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Selasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Beberapa siri tangkapan dijangka dibuat pada masa akan datang berdasarkan perkembangan siasatan kes,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SPRM menahan empat pegawai awam dan dua pekerja syarikat agensi pelancongan
  • Penahanan dilakukan berhubung tuntutan palsu pembelian tiket penerbangan bernilai RM1.3 juta
  • Tiket sebenar tidak disediakan oleh syarikat kepada pegawai dan kakitangan jabatan
  • Enam suspek, terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita, ditahan di Pejabat SPRM Sabah
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!