Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau Hoe Chai
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan rakyat Malaysia menuntut agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan sebab penarikan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan mengecam keputusan tersebut sekiranya terdapat campur tangan Kerajaan Campuran dalam proses kehakiman dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah.

Beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum tahun lalu dan selepas Anwar menjadi Perdana Menteri beliau berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan perasuah.

Menurutnya, malah baru-baru ini Perdana Menteri turut menyatakan mengenai anti-rasuah semasa perhimpunan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, namun pada Isnin pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk melepaskan Ahmad Zahid.

“Keputusan pihak pendakwaan dan kerajaan bukan sahaja mengkhianati kepercayaan rakyat, tetapi juga merupakan tingkah laku 'anti-demokratik' yang diterajui kerajaan dalam menyalahgunakan kuasa dan prosedur, ia telah merosakkan kredibiliti dan imej sistem kehakiman.

“Jika Anwar memutuskan untuk ‘melepaskan’ Zahid hari ini, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai sistem kehakiman negara kita lagi?

"Adakah ini ungkapan terang-terangan kepada rakyat bahawa ‘undang-undang adalah permainan yang dimainkan oleh orang kaya dan berkuasa," soalnya lagi dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Gerakan bersama Perikatan Nasional akan terus memantau perkembangan kes Ahmad Zahid dan pada masa yang sama berusaha untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keadilan di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Zahid bukti wujud pendakwaan bermotif politik - UMNO Perak

ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid - Fadillah

Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Kronologi kes Ahmad Zahid

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah

Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh