Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas 77 hari perbicaraan berlangsung, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas 47 kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid, 70, yang memakai kot berwarna hitam, berada di kandang tertuduh kelihatan serius namun tenang ketika Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membacakan keputusan permohonan pendakwaan untuk menghentikan prosiding kes itu.

Berbeza dengan reaksi anak perempuan Presiden UMNO itu, Datuk Nurul Hidayah kelihatan menangis dan mengelap air matanya selepas mahkamah membuat keputusan tidak lagi mengikat Ahmad Zahid sepenuhnya dengan kes berkenaan.

Turut mencuri perhatian ialah suami Nurul Hidayah, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan kehadiran seorang lagi anak Ahmad Zahid iaitu Datin Nurulizwani.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut dikerumuni penyokongnya yang mengucapkan tahniah di atas pembebasan berkenaan.

Ketika sidang media, Ahmad Zahid yang kelihatan tersenyum di atas pengumuman itu, turut menyatakan bahawa keputusan mahkamah merupakan suatu perkhabaran gembira bukan sahaja buat dirinya malah seluruh ahli keluarga termasuk isteri tercinta.

Kepulangannya sejurus dilepas tanpa dibebaskan diiringi dengan laungan ‘Allahuakbar’ oleh puluhan penyokongnya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan