Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin dan ahli politik dalam Kerajaan Perpaduan perlu menyatakan pendirian mereka berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) untuk 47 pertuduhan.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut penting kerana rakyat berhak mengetahui mengenai perkara itu dan mendapatkan penjelasan tuntas daripada pimpinan kerajaan.

“Muda menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia untuk memberikan penjelasan yang munasabah dan bertanggungjawab di atas keputusan serta tindakan Jabatan Peguam Negara.

“Ini kerana lantikan Peguam Negara dibuat di bawah kuasa Perdana Menteri,” kata kenyataan itu dalam hantaran di aplikasi X pada Isnin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan Presiden UMNO itu dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA).

Ia membabitkan dana Yayasan Akalbudi iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana yayasan tersebut

Mengulas lanjut, Muda menggesa reformasi institusi perundangan dapat dilakukan khususnya dalam pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu sangat mengecewakan orang ramai apabila pihak Jabatan Peguam Negara memberhentikan prosiding tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan ini juga adalah tidak munasabah kerana kes sudah pun dalam peringkat pembelaan di mana saksi-saksi telah dipanggil untuk memberi kenyataan dan segala bukti telah ditampilkan.

“Ini sangat mengecewakan apabila Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Jabatan Peguam Negara untuk memohon DNAA bagi memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid Hamidi bila mana mahkamah telah putuskan terdapat ‘prima facie’.

“Jangan kita terlupa dan abaikan agenda reformasi dalam kita terbuai dengan percaturan madani,” kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan