Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A

ALOR SETAR - UMNO Kedah percaya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan kesemua 47 kes pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin merupakan tindakan yang tepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO negeri itu turut menzahirkan kesyukuran atas keputusan tersebut sekali gus membuktikan kebenaran akhirnya tertegak memihak kepada Ahmad Zahid.

"Sesungguhnya keputusan hari ini adalah merupakan berita yang baik buat parti UMNO. UMNO Kedah percaya kemenangan ini sangat membantu ahli parti untuk membina semula semangat dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa semua kes terhadap Ahmad Zahid diberhentikan.

Semasa prosiding, Mohd Dusuki berkata, pihak pendakwaan menyatakan demikian berdasarkan 11 alasan, mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, kontroversi kebocoran memo dalaman Jabatan Peguam Negara yang menjelaskan pertuduhan terhadap Presiden UMNO itu tidak wajar diteruskan ekoran kekurangan bukti kukuh cukup menjelaskan pertuduhan bermotif politik ini perlu dihentikan segera.

"UMNO Kedah yakin bahawa sistem penghakiman bukanlah hanya tentang siapa yang betul mahupun siapa yang salah, malah proses tersebut perlulah dilihat adil kepada semua pihak, termasuk memelihara kredibiliti Jabatan Peguam Negara.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, keputusan pihak pendakwa raya untuk melepaskan tanpa membebaskan kesemua 47 pertuduhan kes terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid adalah tepat bagi mengelakkan kegusaran berlakunya 'miscarriage of justice' dalam khalayak umum di negara ini," ujar beliau lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan