Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Mahkamah Tinggi pada Isnin memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi pada Isnin memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – “Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat,” kata hakim yang mendengar kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) berkata demikian sejurus melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 kes berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Menurutnya, banyak masa mahkamah terbuang dan sejumlah besar wang pembayar cukai akan dibazirkan sekiranya pihak pendakwaan memutuskan tidak akan meneruskan pertuduhan.

Bagaimanapun, Hakim berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, ia adalah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, dalam Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara itu, ketika membaca keputusan penghakimannya, Sequerah berkata, pendakwaan memohon untuk menghentikan kes, berdasarkan 11 alasan antaranya menyentuh isu-isu dalam buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness'.

Menurutnya, permohonan pendakwaan ini memberi kesan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk ini, iaitu dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak pembelaan bagi pihak Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini membantah permohonan tersebut dan berharap tertuduh dilepas dan dibebaskan (DNA) dengan segera.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini tertuduh telah menghantar representasi mencecah ratusan muk surat, maka adalah wajar sekiranya pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dokumen tersebut.

“Pada pandangan saya, pihak pendakwaan telah memberikan alasan yang kukuh berhubung permohonan ini, justeru mahkamah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan,” katanya.

Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama telah dikemukakan pada Januari manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.

Presiden UMNO ini dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan