Kronologi kes Ahmad Zahid

Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. Foto: Bernama
Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. Foto: Bernama
A
A
A

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Berikut adalah kronologi kes Ahmad Zaid:

3 Julai 2018

Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi (YAB).

10 Oktober 2018

Ahmad Zahid memberi keterangan kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana YAB.

11 Oktober 2018

Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM berhubung kes sama.

12 Oktober 2018

Ahmad Zahid memberi keterangan kali keempat selama lebih tujuh jam kepada SPRM.

Artikel Berkaitan:

18 Oktober 2018

Ahmad Zahid ditahan SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan itu.

19 Oktober 2018

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

14 Disember 2018

Ahmad Zahid didakwa lagi di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan iaitu pecah amanah wang berjumlah RM10 juta milik YAB.

20 Februari 2019

Ahmad Zahid didakwa lagi di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik YAB.

28 Februari 2019

Kes di Mahkamah Sesyen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

18 November 2019

Perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bermula.

10 Ogos 2020

Pada hari ke-49 perbicaraan, pasukan pendakwaan meminda 12 pertuduhan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

19 Mac 2021

Pendakwaan menutup kesnya selepas 53 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 99 orang saksi.

24 Ogos 2021

Mahkamah Tinggi mengeluarkan sapina kepada seorang doktor pakar dari hospital swasta Shah Alam, bagi memberi penjelasan keadaan kesihatan Ahmad Zahid, selepas tertuduh tidak hadir prosiding kesnya.

25 Ogos 2021

Doktor pakar itu memaklumkan bahawa Ahmad Zahid ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya pada 6 September.

6 September 2021

Hujahan kes di akhir kes pendakwaan bermula.

8 September 2021

Hakim memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes tersebut.

7 Oktober 2021

Ahmad Zahid membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Jerman untuk mendapat rawatan tulang belakangnya.

11 Oktober 2021

Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mengembalikan pasportnya bagi mendapatkan rawatan itu.

22 November 2021

Perbicaraan kes ditangguhkan selepas prosiding berlangsung seketika kerana peguam bela Ahmad Zahid diserang penyakit gout.

6 Disember 2021

Hakim Collin menetapkan 24 Januari 2022 untuk keputusan kes di akhir kes pendakwaan.

24 Januari 2022

Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

13 April 2022

Ahmad Zahid mula membela diri secara bersumpah dan menafikan pertuduhan terhadapnya.

8 Disember 2022

Ahmad Zahid telah mengemukakan representasi pertama kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

25 Januari 2023

Ahmad Zahid telah mengemukakan representasi kedua kepada AGC.

28 Februari hingga 7 Mac 2023

Empat lagi representasi difailkan dengan membangkitkan isu dan bukti baharu.

21 Ogos 2023

Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi selaku saksi pembelaan kelapan Ahmad Zahid.

24 Ogos 2023

Pihak pembelaan memohon Peguam Negara (AG) menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji semua pertuduhan terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!