'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Maria Chin
Maria Chin
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak pendakwaan perlu memberi penjelasan yang lebih lengkap, jujur ​​dan terbuka mengenai alasan mereka memberhentikan prosiding untuk kes berprofil tinggi yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, mengambil kira tahap keseriusan 47 pertuduhan penyalahgunaan kuasa yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu, mana-mana individu sudah pasti mengharapkan perbicaraan yang lebih mendalam.

Beliau turut menyifatkan permohonan pasukan memberhentikan prosiding itu sebagai kemunduran bagi gerakan rakyat, selain ia seolah-olah membenarkan rasuah dan menolak agenda reformasi.

“Rakyat telah turun ke jalanan untuk membantah pemimpin yang terpalit dengan rasuah seperti (Datuk Seri) Najib Razak dan Zahid. Kita mengharapkan keadilan dapat ditegakkan.

“Keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) merupakan kemunduran kepada pergerakan rakyat seolah-oleh mengatakan 'Rasuah OK!'

"Perkara ini sememangnya menolak agenda reformasi yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia selama lebih 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, keputusan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar itu ialah di luar jangkaan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, orang ramai mengharapkan perbicaraan yang adil kerana ia melibatkan dana awam.

“Selepas empat tahun perbicaraan dan penggunaan dana awam orang ramai mengharapkan perbicaraan yang adil.

“Untuk mengatakan bahawa kes ini boleh dibicarakan semula pada masa hadapan seolah-olah mempersendakan sistem keadilan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan