Lelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua

Suspek bertindak memukul kepala isterinya menggunakan batu pengisar sehingga mati sebelum membawa mayatnya ke Nandi Hills dan membuangnya di kawasan berkenaan. Foto hiasan
Suspek bertindak memukul kepala isterinya menggunakan batu pengisar sehingga mati sebelum membawa mayatnya ke Nandi Hills dan membuangnya di kawasan berkenaan. Foto hiasan
A
A
A

BENGALURU - Konflik rumah tangga dipercayai menjadi punca seorang pemandu teksi di Bengaluru, India tergamak membunuh isteri dan enam ahli keluarga wanita itu.

Suspek dikenali sebagai Indushekhar telah berkahwin dengan Sunitha selama hampir 20 tahun dikatakan berang kerana campur tangan 'orang luar' dalam masalah mereka.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa, hubungan pasangan itu telah sekian lama retak dan usaha ahli keluarga isterinya untuk mendamaikan mereka tidak berjaya.

"Sunitha dipercayai menjadi mangsa pertama. Pelaku bertindak memukul kepala isterinya menggunakan batu pengisar sehingga mati sebelum membawa mayatnya ke Nandi Hills dan membuangnya di kawasan berkenaan.

"Dia kemudiannya memberitahu jiran tetangga kononnya mangsa keluar melancong bersama rakan-rakan dan telefon bimbitnya telah dimatikan.

"Pada hari berikutnya, suspek menjemput enam ahli keluarga isterinya termasuk ibu mentua, Rupavathi ke rumah lalu membunuh kesemua mereka. Mayat mereka dibuang di beberapa lokasi berasingan bagi mengelirukan siasatan," jelas laporan itu lagi.

Suspek telah memberikan lokasi mayat yang dibuang di beberapa lokasi. Foto Agensi
Suspek telah memberikan lokasi mayat yang dibuang di beberapa lokasi. Foto Agensi

Selepas kejadian pembunuhan itu, Indushekhar membersihkan rumahnya bagi menghapuskan kesan darah. Difahamkan, pihak berkuasa telah merampas beberapa barang bukti untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Ketua Menteri Karnataka, Priyank Kharge menyifatkan pembunuhan tujuh sekeluarga itu sebagai kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai telah dirancang dan suspek mungkin bertindak luar kawalan kerana merasakan dirinya sering dipandang rendah oleh keluarga isterinya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek juga telah memberikan lokasi mayat mangsa yang dibuang di beberapa kawasan di seluruh negeri berkenaan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!