Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan tanpa dibebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menginsafkan seluruh ahli UMNO Kelantan untuk terus melawan fitnah musuh.

Beliau berkata, pihaknya menyakini bahawasanya kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan.

"Badan Perhubungan UMNO Kelantan memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT di atas keputusan Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

"Keputusan ini jelas membongkarkan agenda jahat daripada puak tertentu sebelum ini yang sengaja mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pimpinan UMNO," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, UMNO Kelantan berharap agar institusi kehakiman menjadi benteng kepada sistem keadilan negara di bawah Kerajaan Perpaduan agar Malaysia bebas daripada segala pendakwaan politik.

Ujarnya, sebagai sebuah parti Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, mereka yakin kepada firman ALLAH SWT di dalam Surah Ali-Imran ayat 54; "Mereka merancang, ALLAH juga merancang, Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang".

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin melepaskan tanpa dibebaskan Ahmad Zahid daripada kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi disifatkan sebagai tidak wujud sebarang persepsi negatif kepada sistem perlembagaan negara.

Peguam mewakili Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal berkata, keputusan mahkamah sama sekali tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi undang-undang negara khususnya kepada Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan:

Ini kerana kata beliau, antara pembelaan yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid di dalam pembelaannya adalah merupakan suatu kes pendakwaan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan