ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Muhammad Faisal
Muhammad Faisal
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi penjelasan di sebalik keputusan tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia bagi mengelakkan seberang salah faham dan menghentikan sebarang spekulasi yang berpotensi memberi kesan terhadap persepsi masyarakat awam mengenai sistem keadilan negara.

“Dalam masa sama, ABIM turut menggesa iltizam untuk menstruktur semula kuasa pendakwaan dengan pengasingan kuasa antara pendakwa raya dan Pejabat Peguam Negara dapat direalisasikan dengan kadar segera. Ia bagi mengelak sebarang bayang-bayang keraguan dalam tindakan yang dibuat oleh pendakwa raya dalam pendakwaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid sehingga peringkat ini.

Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Artikel Berkaitan:

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!