KUALA LUMPUR  - Penjaga parkir di Hospital Kuala Lumpur dibelasah sekumpulan lelaki kerana mengunci sebuah kereta yang menghalang laluan kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, semalam, penjaga parkir di tempat letak kereta bertingkat di hospital tersebut telah mengunci sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Menurutnya, ia berikutan kereta tersebut telah menghalang kenderaan lain untuk keluar.

"Selepas satu jam mengunci kenderaan tersebut, pemilik kereta bersama kira-kira 10 orang rakannya telah bertemu dengan penjaga parkir tersebut.

"Penjaga parkir itu telah dipukul berkali-kali oleh kumpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata, insiden tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki dan tangan.

Katanya, hasil laporan yang diterima, pihaknya telah mengesan salah seorang individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Tambahnya, individu terbabit akan tampil menyerah diri pada jam 2 petang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).
  • IPOH - Polis meminta kerjasama semua pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan terutama di bahu jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan teruk sempena Tahun Baharu Cina, pada Jumaat dan Sabtu ini.