Lelaki rentung, van terbakar nahas empat kenderaan

Operasi memadam kebakaran dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bekalan air bersumberkan tangki jentera sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Operasi memadam kebakaran dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bekalan air bersumberkan tangki jentera sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya.
A
A
A

KUALA KANGSAR - [KEMAS KINI] Seorang lelaki rentung selepas tersepit dalam van jenis Nissan Vanette yang terbakar akibat perlanggaran di Kampung Batu 40 Lempur, Manong di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Amiril Asraf Rosli, 32, dari Kampung Keruh Seberang, Padang Rengas, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, mangsa didapati terperangkap dalam van berkenaan selepas terbabit dalam nahas melibatkan empat kenderaan.

"Turut berada dalam van itu, remaja lelaki berusia 16 dan wanita 19 tahun, bagaimanapun kedua-duanya terselamat dikeluarkan orang awam," katanya di sini pada Sabtu.

Berdasarkan maklumat, kejadian melibatkan van Nissan Vannete dipandu mangsa, sebuah lori satu tan, kereta Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish.
Berdasarkan maklumat, kejadian melibatkan van Nissan Vannete dipandu mangsa, sebuah lori satu tan, kereta Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish.

Kemalangan itu membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah van Nissan Vanette, lori satu tan jenis Hino, sebuah kereta Honda Civic dan sebuah MPV Toyota Wish.

Ahmad Izuwan memaklumkan, seramai 15 anggota bersama jentera telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Operasi memadam kebakaran segera dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bekalan air bersumberkan tangki jentera sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.55 petang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!