Bapa, anak lelaki cedera kereta terbabas ke ruang legar masjid

SEREMBAN - Seorang bapa dan anak lelakinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke ruang legar sebuah masjid di Senawang di sini malam ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden melibatkan mangsa yang masing-masing berusia 62 dan 12 tahun itu pada 9.16 malam.
"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Inokom Atos dipandu warga emas itu yang terbabas ke dalam ruang legar masjid... ketika kejadian, terdapat jemaah masjid yang baharu selesai menunaikan solat.
"Warga emas itu hanya mengalami kecederaan ringan manakala anaknya tidak sedarkan diri, dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata operasi melibatkan lapan anggota yang turut dibantu jemaah masjid itu tamat kira-kira sejam kemudian. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang bapa dan anak lelakinya cedera selepas kereta terbabas ke ruang legar masjid di Senawang
- Insiden ini melibatkan mangsa berusia 62 dan 12 tahun
- Kereta jenis Inokom Atos dipandu warga emas
- Warga emas mengalami kecederaan ringan, anak tidak sedarkan diri
- Operasi penyelamat melibatkan lapan anggota dan dibantu jemaah masjid
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
