'Lu siapa' - Mydin bidas MP DAP

SHAH ALAM - Mydin membidas Ahli Parlimen (MP) Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mendakwa kononnya pasaraya itu mendapat lebih manfaat daripada pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan Pengerusi DAP Melaka itu merupakan sangkaan jahat yang dilemparkan terhadap beliau.
Menurutnya, sedangkan beliau sering menegaskan bahawa kerajaan perlu membantu peniaga- peniaga kecil.
"Lu siapa, lu rileks dulu"
"Yang Berhormat (YB) kata kita happy, banyak untung menari-menari. Itu sangkaan jahat, kalau tak bagi Mydin, bagi peniaga kecil pun tidak mengapa.
"Kalau YB nak tahu siapa peniaga terbesar menerima manfaat SARA mungkin YB patut sebut syarikat itu dalam Parlimen, ini sebut- sebut Mydin saja buat apa," ujarnya menerusi aplikasi TikTok pada Jumaat.
Sebelum ini, Poay Tiong membangkitkan bantuan SARA dengan Pasaraya Mydin.
Poay Tiong memberitahu, 'tauke' Mydin sangat gembira apabila penerima SARA membeli keperluan mereka di pasaraya itu.
Dalam pada itu, Ameer Ali turut berterima kasih kepada Kerajaan Madani kerana membantu rakyat.
" Alhamdulillah terima kasih bantu rakyat.
" Menerusi bantuan SARA peniaga juga menerima impak positif," ujarnya.
Ringkasan AI
- SHAH ALAM - Mydin membidas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mendakwa pasaraya itu mendapat lebih manfaat dari Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Datuk Dr Ameer Ali Mydin menyebut tindakan Khoo sebagai sangkaan jahat
- Ameer Ali menegaskan bahawa beliau sokong bantuan kerajaan kepada peniaga kecil
- Ameer Ali mencabar Khoo menyebut peniaga terbesar yang menerima manfaat dari SARA di Parlimen
- Ameer Ali berterima kasih kepada Kerajaan Madani atas bantuan SARA yang juga memberi impak positif kepada peniaga
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

