Pejalan kaki maut dirempuh motosikal

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
A
A
A

SEREMBAN – Seorang pejalan kaki warga asing maut apabila dirempuh sebuah motosikal berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height di Jalan Persiaran Senawang 1 menghala ke Paroi di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.55 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 21 tahun.

"Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Paroi.

"Selepas melepasi lampu isyarat hijau, tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas secara mengejut dari kiri jalan dan penunggang motosikal tidak dapat mengelak lalu melanggar pejalan kaki itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Motosikal Yamaha Y15 yang merempuh pejalan kaki warga Nepal.
Motosikal Yamaha Y15 yang merempuh pejalan kaki warga Nepal.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pejalan kaki yang merupakan warga Nepal berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Tambahnya, penunggang motosikal yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.

Azahar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Untuk rekod, empat dilaporkan maut di lokasi sama tahun lalu dalam dua kes berasingan akibat perlanggaran lampu isyarat merah.

Ringkasan AI

  • Seorang pejalan kaki warga asing maut dirempuh motosikal di Seremban
  • Kejadian berlaku ketika motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki 21 tahun
  • Pejalan kaki melintas secara mengejut dan dirempuh setelah lampu isyarat hijau
  • Mangsa warga Nepal berusia 37 tahun meninggal di tempat kejadian
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!