Kemurungan dikenal pasti punca kematian suami isteri

Laporan Sinar Harian mengenai terdapat 11 kesan tikaman di leher dan dada dalam kes pembunuhan pasangan suami isteri di Sri Aman.
Laporan Sinar Harian mengenai terdapat 11 kesan tikaman di leher dan dada dalam kes pembunuhan pasangan suami isteri di Sri Aman.
A
A
A

KUCHING - Guru besar mengalami kemurungan dipercayai punca berlaku kematian tragis bersama pasangannya dalam kejadian di sebuah rumah di Sri Aman, dekat sini, pada 14 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan keterangan daripada ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja mendapati guru besar tersebut dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar sekolah ke Lubok Antu, Sri Aman.

Katanya, laporan kimia terhadap senjata tajam yang ditemui dan digunakan dalam kejadian tersebut juga hanya menemui asid deoksiribonukleik (DNA) pasangan tersebut.

"Setakat ni kita telah merakam lebih kurang 30 kenyataan daripada saksi-saksi iaitu melibatkan keluarga, sahabat, rakan-rakan dan juga guru-guru serta jiran. Berdasarkan keterangan saksi-saksi, si suami didapati sejak kebelakangan ini apabila dia ditukarkan menjadi Guru Besar di Lubuk Antu.

"Hasil daripada siasatan kita, senjata yang digunakan dalam kes ini hanya ada DNA untuk kedua-dua mangsa sahaja, tidak ada DNA-DNA asing. Seperti mana saya maklumkan sebelum ini, tidak ada tanda kesan pecah rumah, barang berharga hilang ataupun disamun.

"Jadi kesimpulan yang kita boleh buat bahawa kejadian ini, pembunuhan ini hanya melibatkan mangsa berdua iaitu suami dan isteri. Saya boleh simpulkan kes ini telah pun selesai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, pada Jumaat.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, lelaki berusia 45 tahun dan isterinya 44 tahun yang juga bertugas sebagai jururawat ditemukan meninggal dunia dengan keadaan serius pada tubuh kedua-dua mangsa.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan pihaknya turut merakam keterangan daripada pakar patologi yang melakukan proses bedah siasat kedua-dua mayat.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya bahawa tidak ada lagi siasatan-siasatan lain yang perlu kita tunggu melainkan menunggu laporan forensik untuk telefon bimbit kedua-dua mangsa untuk mengetahui lebih lanjut lagi sekiranya ada perkara-perkara yang boleh membantu kita mewujudkan apakah sebenar motif kematian kedua-dua mangsa ini.

"Kita belum dapat simpulkan sepenuhnya kerana kita nak tahu apa sebenarnya motif selain daripada kemurungan tersebut," katanya,

Ringkasan AI

  • Guru besar mengalami kemurungan sebelum terlibat dalam kejadian pembunuhan bersama pasangannya di Sri Aman
  • Kemurungan berlaku sejak guru besar tersebut bertukar sekolah ke Lubok Antu
  • Senjata tajam yang digunakan dalam kejadian tersebut hanya mengandungi DNA pasangan tersebut
  • Tidak ada tanda-tanda pecah rumah atau barang berharga hilang
  • Siasatan percaya kejadian pembunuhan hanya melibatkan mangsa berdua iaitu suami dan isteri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!