Mahkamah tangguh keputusan kes dua pelajar sekolah vokasional cederakan rakan

Mahkamah menangguhkan keputusan terhadap dua remaja mencederakan rakan di sebuah sekolah vokasional, November lalu.
Mahkamah menangguhkan keputusan terhadap dua remaja mencederakan rakan di sebuah sekolah vokasional, November lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Mahkamah Kanak-kanak di sini menangguhkan keputusan terhadap dua remaja mencederakan rakan di sebuah sekolah vokasional, November lalu, berikutan laporan akhlak masih belum lengkap.

Majistret Mohamad Azlan Basri membuat keputusan itu setelah Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, C Kumareson memaklumkan status berkenaan.

Mohamad Azlan kemudian menetapkan 24 Februari depan sebagai tarikh mahkamah membuat keputusan.

Media sebelum ini, melaporkan, dua remaja lelaki mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang pelajar kolej vokasional di sini.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Mohamad Azlan Basri selepas pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun, ketika itu.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun di asrama kira-kira jam 12.04 tengah malam, 24 November tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap remaja berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Kanak-kanak sungai Petani menangguhkan keputusan terhadap dua remaja yang mencederakan rakan di sekolah vokasional kerana laporan akhlak belum lengkap
  • Majistret Mohamad Azlan Basri menetapkan 24 Februari sebagai tarikh keputusan
  • Dua remaja lelaki mengaku bersalah mencederakan seorang pelajar kolej vokasional
  • Mereka didakwa mendatangkan kecederaan pada seorang pelajar lelaki di asrama
  • Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap remaja

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!