Lelaki hilang dua hari ditemukan lemas

Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong di Pasir Mas pada Sabtu. Foto PDRM
Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong di Pasir Mas pada Sabtu. Foto PDRM
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong di sini pada Sabtu.

Mangsa yang berusia 37 tahun dan masih bujang itu dikatakan tidak pulang sejak Khamis lalu, namun tiada laporan polis dibuat oleh ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pada jam 3.40 petang pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan menemui mayat seorang lelaki.

"Kami bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas ke lokasi dan menaikkan mayat mangsa ke darat dengan bantuan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas bagi tujuan bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan diri masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh disalurkan melalui talian 09-7932222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia 37 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Atas Pinggir, Tendong
  • Lelaki tersebut hilang sejak dua hari dan tiada laporan polis dibuat
  • Mayat ditemui oleh orang awam dan dinaikkan ke darat dengan bantuan penduduk kampung dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga
  • Kes diklasifikasikan mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan peka terhadap keselamatan diri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!