Ibu, dua anak dirempuh kereta gara-gara wanita tertekan pedal minyak

Lokasi kejadian di Dataran Pasir Gudang. - foto IPD Seri Alam
Lokasi kejadian di Dataran Pasir Gudang. - foto IPD Seri Alam
A
A
A

PASIR GUDANG - Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita merempuh seorang ibu dan dua anaknya di Dataran Pasir Gudang di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.45 malam.

"Siasatan mendapati kemalangan melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun bersama dua anak perempuannya berusia empat dan tujuh tahun.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa berada di hadapan kereta berkenaan sebelum seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan saudara kepada mangsa telah menghidupkan enjin kereta.

"Wanita itu secara tidak sengaja telah tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa," katanya.

Tambah Mohd Sohaimi, akibat kemalangan tersebut ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama setelah dirawat.

"Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita merempuh seorang ibu bersama dua anaknya di Dataran Pasir Gudang
  • Kemalangan berlaku kerana tersalah tekan pedal minyak
  • Mangsa kemalangan terdiri daripada seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anak perempuannya
  • Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail
  • Mangsa kemalangan dibenarkan pulang pada hari yang sama setelah mendapat rawatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!