KUALA LUMPUR - Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.

Mohamad Syahrul Azizi Shah Fri, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Lelaki itu didakwa telah melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani sehingga air maninya mengenai seorang wanita yang berusia 34 tahun di dalam lif, sebuah pangsapuri, di Bandar Tasik Selatan, di sini, pada 7.50 pagi, 16 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu,  Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli merayu supaya dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan dia berjanji tidak akan menganggu mangsa. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mendekati mangsa dan menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja melarikan seorang pengurus lelaki sebuah syarikat, Julai lalu.
  • PETALING JAYA - Seorang pengurus operasi sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya hingga lebam di mata dan pipi, Jun lalu.
  • PETALING JAYA - Tiga rakan, dua daripadanya pelajar kolej warga asing, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik kenalan mereka yang juga pelajar kolej sama, Julai lalu.
  • PETALING JAYA - Sepasang suami isteri yang didakwa di mahkamah berhubung penggubahan wang haram hampir RM20 juta Jun lalu, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas enam pertuduhan sama membabitkan lebih RM500,000.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan dan anak lelakinya Ashok Kumar dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan sebentar tadi atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berhubung projek pengindahan dan pemulihan sungai melaka berjumlah hampir RM13 juta empat tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.