Shamsul Ghau Ghau alami pendarahan otak, perlu dibedah segera dengan kos RM25,000

PELAWAK, pelakon dan pengacara Shamsul Ghau Ghau dilaporkan sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri.
Memetik OhBulan, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 57, perlu menjalani prosedur pembedahan dengan kadar segera.
Menurut isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, kos fasa pertama dianggarkan mencecah RM25,000 dan jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada keperluan rawatan susulan serta proses pemulihan.
Sementara itu, keadaan yang menimpa Shamsul turut dikongsikan pendakwah PU Amin.
"Mohon doa dan bantuan kecemasan segera agar Pak Su Shamsul Ghau Ghau sembuh. Dia kena strok. Malam ni kena buat rawatan segera," kongsinya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank 164593018683 atas nama Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.
Ringkasan AI
- Pelawak, pelakon dan pengacara Shamsul Ghau Ghau dilaporkan menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang kerana pendarahan beku di otak
- Shamsul menjalani prosedur pembedahan dengan segera
- Kos fasa pertama rawatan dianggarkan mencecah RM25,000 yang dijangka meningkat bergantung kepada rawatan susulan
- Keadaan Shamsul dikongsikan oleh pendakwah PU Amin yang meminta doa dan bantuan kecemasan untuk pemulihan
- Sumbangan untuk membantu Shamsul boleh disalurkan terus ke akaun isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim di Maybank
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
