Op Ehsan: Lelaki warga China antara ditahan di KLIA

Seramai 114 individu dan 82 kenderaan telah diperiksa, manakala 33 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik di sekitar KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
Seramai 114 individu dan 82 kenderaan telah diperiksa, manakala 33 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik di sekitar KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
A
A
A

SEPANG – Seorang lelaki warga China antara individu ditahan dalam Operasi Khas Pencegahan Jenayah (Op Ehsan) yang dijalankan di sekitar Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, operasi yang bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang itu dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang (PKMD) serta Polis Bantuan (AVSEC MAHB).

Menurutnya, operasi itu memberi tumpuan kepada pembanterasan aktiviti sosial dan jenayah, khususnya melibatkan kegiatan peleser serta pengemis yang disyaki berada di bawah pengaruh atau penyalahgunaan dadah.

"Selain itu, operasi turut memberi fokus kepada individu memiliki rekod jenayah yang berpotensi mengganggu keselamatan serta ketenteraman awam di kawasan lapangan terbang.

"Sepanjang operasi dijalankan, seramai 114 individu dan 82 kenderaan telah diperiksa, manakala 33 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik di sekitar KLIA Terminal 1 dan Terminal 2," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Op Ehsan dijalankan di sekitar Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA pada Sabtu.
Op Ehsan dijalankan di sekitar Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA pada Sabtu.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan turut membawa kepada penyerahan enam individu kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang bagi tujuan pemulihan dan bantuan kebajikan.

"Selain itu, seorang lelaki warganegara China ditahan di bawah Akta Imigresen kerana kesalahan tamat tempoh pas lawatan sosial.

Artikel Berkaitan:

"Manakala dua individu lagi dirujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan dari masa ke masa dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keselamatan awam serta imej negara.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga China ditahan dalam Operasi Khas Pencegahan Jenayah di KLIA
  • Operasi bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang dengan kerjasama pelbagai agensi
  • Tumpuan kepada pembanterasan aktiviti sosial dan jenayah seperti peleser dan pengemis di bawah pengaruh dadah
  • Seramai 114 individu dan 82 kenderaan diperiksa, 33 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik
  • Enam individu diserahkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Sepang, dua lagi dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!