Kilang perabot, bengkel kereta musnah terbakar

Antara struktur yang terkesan dalam kebakaran pada Ahad.
Antara struktur yang terkesan dalam kebakaran pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebuah kilang perabot dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Serai Wangi M 16/M, Seksyen 16 di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot berkeluasan 160 x 100 kaki persegi yang terbakar kira-kira 85 peratus serta sebuah bengkel kereta berkeluasan 80 x 100 kaki persegi yang turut terbakar pada kadar sama.

Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 16 pada Ahad.
Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 16 pada Ahad.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua bangunan kelas B dan kerja-kerja pemadaman segera dilakukan bagi mengawal api daripada merebak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, seramai 34 anggota bomba dari beberapa balai terlibat dalam operasi pemadaman.

"Antara anggota terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dengan bantuan BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran turut memusnahkan sebuah kilang perabot pada Ahad.
Kebakaran turut memusnahkan sebuah kilang perabot pada Ahad.

"Operasi turut menggunakan beberapa jentera termasuk jentera pemadam kebakaran dan jentera tangki air bagi mempercepatkan kerja-kerja pemadaman," katanya.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.13 petang.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

 

 

Ringkasan AI

  • Kilang perabot dan bengkel kereta musnah dalam kebakaran di Shah Alam
  • Kebakaran melibatkan bangunan berkeluasan besar dan terbakar kira-kira 85 peratus
  • Seramai 34 anggota bomba dari beberapa balai terlibat dalam operasi pemadaman
  • Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa kurang daripada satu jam
  • Tiada mangsa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!