'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'

Fatimah (gambar kecil) ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru pada Ahad.
Fatimah (gambar kecil) ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Anak bongsu kepada warga emas rentung, Fatimah Mat Said, 89, yang mahu dikenali sebagai Razi, 50, ada berjumpa ibunya dua minggu lalu.

"Namun hari ini saya terima berita dia (ibu) rentung dalam kebakaran.

"Semasa jumpa saya ada serahkan wang belanja seperti biasa," katanya kepada pemberita.

Menurut Razi, arwah ibunya mempunyai seorang kembar yang tinggal di rumah bersebelahan.

Menurutnya, namun ketika kejadian kembar ibunya itu tidak berada di rumah kerana sedang menerima rawatan di hospital.

"Selepas arwah ayah meninggal dunia, ibu memilih untuk tinggal bersendirian.

"Kami adik-beradik sentiasa mempelawanya tinggal bersama memandangkan usianya semakin lanjut, selain mengalami masalah penglihatan kabur dan sukar bergerak, namun arwah menolak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Satyuti Satar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 petang.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati rumah tersebut sudah hangus sebanyak 98 peratus.

"Seramai 27 anggota dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!