Inkues Zara Qairina - Pengetua hanya tahu sistem ketua dorm selepas kes

KOTA KINABALU - Pengetua sebuah sekolah agama memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau hanya mengetahui mengenai sistem ketua dorm yang diamalkan di sekolah berkenaan.
Sistem tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Empat sebagai ketua di dorm pelajar Tingkatan Satu hanya selepas insiden yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47 berkata, sistem itu tidak diamalkan di sekolah tempatnya bertugas sebelum ini kerana pelajar senior ditempatkan di bilik berasingan daripada pelajar junior.
Dalam prosiding tersebut, peguam Shahlan Jufri bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa terdapat satu atau dua pelajar Tingkatan Empat ditempatkan di dorm pelajar Tingkatan Satu dan sejak bila sistem itu dilaksanakan.
"Saya maklum yang di tempat itu sebagai ketua dorm. (Bila tahu sistem) waktu berlaku kes ini, saya maklum adik-adik itu akan ada ketua yang menjaga mereka, tetapi tidak pasti daripada Tingkatan Lima atau Tingkatan Enam kah.
"Untuk di sekolah sebelum ini (sekolah tempatnya bertugas sebelum ini) semua pelajar Tingkatan Satu adalah pelajar Tingkatan Satu (tidak ada pelajar senior ditempatkan dalam dorm pelajar junior).
"Setakat yang saya ingat, di Tingkatan Satu di hujung akan dipantau pelajar senior tetapi tidak satu bilik," jelasnya ketika memberi keterangannya di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini pada Selasa.
Saksi kemudian diminta menjelaskan sebab sistem itu diguna pakai di asrama sekolah berkenaan, selain diminta memberikan pandangannya berdasarkan pengalaman pentadbiran, adakah sistem tersebut bermanfaat untuk pelajar junior.
"Sekiranya ada pelajar senior, maka ada tempat mereka bertanya sebab anak-anak Tingkatan Satu ini baru masuk, jadi untuk mereka membuat rujukan," katanya.
Ditanya lanjut mengenai kemungkinan keburukan kepada pelajar Tingkatan Satu, beliau berpendapat hanya seorang pelajar senior dilantik sebagai ketua untuk menjaga pelajar junior berkenaan.
Saksi itu turut menegaskan, pelajar sering diberi peringatan agar merujuk sebarang masalah kepada guru dan tidak dibenarkan menyoal pelajar junior, selain tidak membenarkan budaya penggunaan kata-kata kasar.
"Yang pasti, semua kata-kata kesat tidak dijadikan budaya pendidikan yang baik," jelasnya yang baru bertugas di sekolah itu pada April lalu.
Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli<
Ringkasan AI
- Pengetua sekolah agama tidak tahu pelajar Tingkatan Empat jadi ketua dorm Tingkatan Satu sebelum insiden Zara Qairina
- Sistem pelajar senior mengawasi junior tidak diamalkan di sekolah terdahulu tempat pengetua bertugas
- Sistem itu dimulakan tanpa pengetahuan pengetua sehingga berlaku insiden
- Menurut pengetua, adanya pelajar senior di dorm membantu pelajar baru sebagai tempat rujukan
- Pengetua menekankan pentingnya pelajar merujuk masalah kepada guru dan menghindari budaya kasar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
