Inkues Zara Qairina: Hanya tahu hasil siasatan dalaman kes Zara secara lisan selepas lebih 3 hari -Pengetua

Allahyarham Zara Qairina
Allahyarham Zara Qairina
A
A
A

KOTA KINABALU - Hasil siasatan dalaman berhubung insiden yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hanya dimaklumkan secara lisan kepada pengetua sekolah selepas lebih tiga hari kejadian berlaku.

Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dalam tempoh dua hari beliau berada di hospital, beliau turut terbabit menguruskan kunjungan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta memberi keterangan kepada polis.

Dalam prosiding itu, peguam Shahlan Jufri bertanya kepada saksi adakah beliau mengadakan mesyuarat dengan guru dan pihak pentadbiran sekolah selepas kejadian menimpa Zara Qairina.

"Itu yang saya nyatakan sebelum ini bahawa perjumpaan pada pagi 17 Julai untuk menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP).

"(Pertemuan) tidak lama, tidak lebih sejam sebab lepas itu kami dikunjungi oleh PPD yang ingin mendapatkan fakta tentang kes," katanya selain turut memaklumkan bahawa pertemuan itu dihadiri semua warden dan pihak pentadbir sekolah.

Shaharoom berkata demikian ketika memberi keterangannya di Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini pada Selasa.

Ditanya lanjut, apa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, beliau memberitahu ia adalah untuk menyelaraskan laporan mengenai kejadian tersebut.

"Maksudnya, krononologi bagaimana kes itu bermula, dari ditemui pelajar itu di atas lantai kemudian kami hantar ke Queen (Hospital Queen Elizabeth) hubungi pihak waris, kepada apa, siapa, di mana, begitulah makluman awal kepada PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)," katanya.

Namun beliau memaklumkan dalam mesyuarat itu tidak dibincangkan mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum Zara Qairina ditemui di aras bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tiada... itu masih dalam siasatan dalaman. Siasatan dalaman pada 16 Julai oleh unit disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) yang dianggotai beberapa guru," katanya.

Ditanya adakah saksi tahu siapa yang mengarahkan siasatan dalaman dibuat dan bagaimana ia dijalankan serta pemakluman kepadanya, beliau memaklumkan bahawa tidak pasti mengenainya.

"Saya tidak pasti, tiada (pemakluman) kerana saya berada di hospital pada 16 dan 17 Julai. (Hanya tahu hasil siasatan dalaman) setelah lebih tiga hari.

"Secara lisan, pihak disiplin maklumkan pada malam 15 Julai, ada perjumpaan antara senior dengan Zara dan ahli dorm.

"(Perjumpaan) tentang barang yang dicuri...mereka bertanya kepada Zara untuk kepastian. Saya tidak tahu secara terperinci sebab laporan yang diberikan oleh unit disiplin ialah perjumpaan berkisar tentang kecurian," jelasnya.

Ditanya lanjut berdasarkan keterangan saksi dilihat seperti tidak sepenuh hati untuk mengetahui apa yang berlaku pada malam sebelum kejadian atau hasil laporan siasatan dalaman, beliau menafikannya.

"Tidak boleh katakan tidak sepenuh hati sebab selepas insiden itu berlaku, saya kena hantar banyak laporan kepada PPD, saya juga lebih kepada pentadbiran dan kami menerima banyak kunjungan daripada KKM untuk program di dalam sekolah jadi saya lebih banyak ke arah itu, menyelaras program seperti trauma pelajar," katanya.

Diminta menjelaskan apa halangannya untuk beliau tidak meminta salinan hasil laporan daripada guru yang membuat siasatan dalaman, saksi menjelaskan ia bukan dikategorikan sebagai halangan.

"Saya tidak kategorikan itu satu halangan, sebab sebagai pengetua saya ingin tahu apa kejadian sebenarnya. Tetapi selepas insiden itu, terlalu banyak program daripada KKM yang memerlukan saya untuk mesyuarat, (begitu juga) JPN. Jadi saya sebagai wakil sekolah lebih kepada menyelaras program," jelasnya.

Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

 

 

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

 

Ringkasan AI

  • Hasil siasatan dalaman berhubung insiden yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina hanya dimaklumkan secara lisan kepada pengetua sekolah selepas lebih tiga hari kejadian
  • Dalam tempoh dua hari berada di hospital, saksi terbabit menguruskan kunjungan pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia serta memberi keterangan kepada polis
  • Mesyuarat diadakan pada pagi 17 Julai untuk menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) yang dihadiri oleh semua warden dan pihak pentadbir sekolah
  • Siasatan dalaman pada 16 Julai dilakukan oleh unit disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling yang dianggotai beberapa guru tetapi tiada pemakluman terperinci mengenai kejadian pada malam sebelum Zara Qairina ditemui
  • Shaharoom Hashim, pengetua, tidak meminta salinan hasil laporan daripada guru yang membuat siasatan dalaman kerana sibuk dengan penyelarasan program daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan tugas-tugas pentadbiran lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!