Mufti Sabah, timbalan nafi terlibat proses gali kubur Zara Qairina, dakwaan terhidu haruman tidak benar

Tragedi yang menimpa Zara Qairina menyatukan kita, rakyat bangun menuntut ketelusan dan keadilan siasatan pihak berkuasa mengenai nasib seorang anak yang terkorban di sebuah sekolah agama
Tragedi yang menimpa Zara Qairina menyatukan kita, rakyat bangun menuntut ketelusan dan keadilan siasatan pihak berkuasa mengenai nasib seorang anak yang terkorban di sebuah sekolah agama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pejabat Mufti Negeri Sabah menegaskan mufti dan timbalannya tidak terbabit dalam proses penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, seperti yang didakwa sebelum ini.

Penafian itu dibuat susulan penularan sebuah video 'penggali kubur' berdurasi 46 saat di media sosial pada Khamis lalu yang mendakwa mufti dan timbalan mufti terhidu haruman pada jenazah berkenaan dan dakwaan itu disifatkan tidak benar serta tidak berasas yang boleh mencemarkan nama baik institusi kemuftian negeri.

"Pejabat Mufti Negeri Sabah ingin menegaskan bahawa Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Timbalan Mufti tidak terlibat semasa proses penggalian semula jenazah dilakukan seperti yang didakwa oleh penggali kubur tersebut.

"Kenyataan tersebut adalah fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta kepercayaan masyarakat terhadap Pejabat Mufti Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan malam Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak terbabit diminta menarik balik kenyataan berkenaan serta membuat permohonan maaf secara lisan dan bertulis sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Pejabat Mufti Negeri Sabah menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Turut dijelaskan bahawa tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan kenyataan di dalam video tersebut," katanya.

Pejabat Mufti Negeri Sabah turut berharap penjelasan tersebut dapat menghentikan salah faham berhubung isu berkenaan dan turut disertakan irsyad hukum berkaitan isu kubur arwah Zara Qairina sebagai rujukan umat Islam di negeri ini.

"Menziarahi kubur adalah amalan yang dituntut dalam Islam kerana ia menjadi peringatan kepada setiap umat bahawa mereka pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini untuk menuju ke hari akhirat yang dijanjikan.

"Namun, dalam melaksanakan tuntutan ini, setiap umat Islam hendaklah menjaga adab yang digariskan oleh syariat serta memberi perhatian kepada segala larangan agar amalan tersebut benar-benar mendapat keredaan ALLAH SWT. Antara larangan semasa menziarahi kubur termasuklah meratap, meraung, memukul pipi dan meronta-ronta kerana terlalu bersedih.

Artikel Berkaitan:

"Larangan lain ialah duduk atau merangkak di atas kubur, melangkah atau bersandar pada kubur, serta memijak kubur kecuali jika tiada laluan lain untuk menuju ke sesuatu kubur.

"Umat Islam juga dilarang melakukan perbuatan khurafat yang menjejaskan akidah, seperti menjadikan kubur sebagai tempat sembahan atau pemujaan, mengambil keberkatan daripada kubur, serta meniru adat atau amalan agama lain seperti membawa kalungan bunga," katanya.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut menegaskan umat Islam diseru menghadapi isu berkaitan kubur arwah Zara Qairina dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan agar tidak melampaui batas ajaran Islam.

"Semoga dengan pendekatan yang sederhana dalam setiap tindakan menjadi asbab bagi umat ini diberikan inayah serta hidayah daripada ALLAH SWT serta sentiasa berada di dalam reda dan maghfirahNya," katanya.

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!