Tular isteri mengamuk, belasah wanita Indonesia depan hotel

SEREMBAN - Seorang isteri 'naik hantu' apabila mengesan suaminya yang didakwa menginap hotel di daerah ini dengan seorang wanita warga asing.
Video itu dikongsi seorang individu di Threads dengan keterangan 'bila atok kau kantoi checkin dengan makcik konoha kat hotel bajet'
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat menarik wanita warga Indonesia terbabit ke lantai sebelum memukulnya ketika dia mahu membuka pintu sebuah teksi yang dipakir di bawah hotel berkenaan.
Wanita itu kemudiannya bertindak menampar muka suaminya yang dilihat keluar dari hotel selain mempersoalkan apa yang dilakukan lelaki itu di hotel selama tiga jam.
Lelaki berkenaan pada awalnya dilihat tenang berdepan situasi itu, namun berubah apabila isterinya dilihat menyerang kembali wanita terbabit.
Dia turut memberitahu tidak akan pulang lagi ke rumah selepas ini.
Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim yang dihubungi Sinar Harian berkata pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Ringkasan AI
- Seorang isteri bertindak agresif terhadap suami dan wanita asing di hotel di Seremban
- Video insiden itu tersebar di media sosial
- Suami dituduh menginap dengan wanita warga Indonesia di hotel
- Ada dakwaan bahawa lelaki tersebut sedang dalam proses penceraian
- Keluarga lelaki itu didakwa sedang membuat laporan dan saman atas dakwaan fitnah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
