Nenek maut, cucu 6 bulan cedera kereta terbabas masuk longkang

Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas jatuh ke dalam longkang di Taman Bertam Impian pada Sabtu. Foto tular
Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas jatuh ke dalam longkang di Taman Bertam Impian pada Sabtu. Foto tular
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya termasuk cucu berusia enam bulan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas jatuh ke dalam longkang di Taman Bertam Impian di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, kereta dipandu suami mangsa berusia 69 tahun dipercayai terbabas ke hadapan dari kawasan parkir sebelum masuk ke longkang berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terbabas ke dalam longkang.

“Terdapat empat mangsa terlibat terdiri daripada sepasang suami isteri, seorang anak perempuan berusia 25 tahun serta seorang cucu,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Seorang wanita berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga yang lain cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Kes kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 3.02 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga emas maut dan tiga ahli keluarganya cedera selepas kereta terbabas masuk longkang di Taman Bertam Impian, Melaka
  • Kereta terbabas dari kawasan parkir dipandu oleh suami mangsa berusia 69 tahun
  • Panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka pada jam 1.58 petang
  • Empat mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri, anak perempuan berusia 25 tahun dan seorang cucu
  • Seorang wanita berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, tiga yang lain cedera diserahkan untuk rawatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!