Beberapa peserta GARAH ditahan polis 

Beberapa individu dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo.
Beberapa individu dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.

Difahamkan individu yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.

Polis berkawal di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo.
Polis berkawal di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.

Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Beberapa individu dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo
  • Individu terbabit cuba melakukan provokasi dan ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
  • Polis tidak membenarkan penganjuran Perhimpunan GARAH atas faktor keselamatan awam
  • Keputusan larangan dibuat selepas polis menjalankan risikan keselamatan dan meneliti maklum balas
  • Himpunan GARAH disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan dan dijadualkan di hadapan Sogo

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!