Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth bersama beberapa individu lain, pada Sabtu.
Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain.
"Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat.
"Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad)," katanya ringkas pada Sabtu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.
Penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan.
Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan penahanan Zamri Vinoth, penyelaras Himpunan GARAH dan beberapa individu lain pada Sabtu
- Penahanan berkait dengan penganjuran himpunan di Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, mengesahkan tangkapan itu
- Penahanan Zamri Vinoth dan individu lain dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan pada malam itu
- Polis sebelum ini tidak membenarkan penganjuran perhimpunan itu atas faktor keselamatan awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
