Penyelaras Himpunan GARAH, Zamri Vinoth ditahan

KUALA LUMPUR - Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.
Difahamkan, penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan
Keadaan dilaporkan sedikit tegang apabila beberapa individu yang dipercayai peserta himpunan turut ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pegawai serta anggota polis melaksanakan kawalan keselamatan seawal jam 7 malam di sekitar lokasi yang dijadualkan menjadi lokasi perhimpunan.
Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi perhimpunan.
Ringkasan AI
- Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth, ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu
- Penahanan dilakukan sebelum himpunan berlangsung kira-kira jam 8 malam
- Beberapa individu dipercayai peserta himpunan ditahan pihak berkuasa
- Individu cuba mencetuskan provokasi dengan mempertikaikan tindakan polis
- Polis tidak membenarkan penganjuran perhimpunan atas faktor keselamatan awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

