[KRONOLOGI] Kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.
A
A
A

[KRONOLOGI]

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan berusia enam tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan:

RABU [6 DISEMBER 2023]

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak austime hilang

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Rabu dipercayai dibunuh.
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Rabu dipercayai dibunuh.

BACA ARTIKEL PENUH:Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak austime hilang


Kanak-kanak autisme hilang: Polis belum temui sebarang petunjuk

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya masih menjalankan pencarian di lokasi kanak-kanak itu hilang, di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Lebih tiga ratus penduduk bersama PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid melakukan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak semalam di setiap rumah dan kawasan sekitar pada Khamis malam.
Lebih tiga ratus penduduk bersama PDRM yang diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid melakukan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak semalam di setiap rumah dan kawasan sekitar pada Khamis malam.

BACA ARTIKEL PENUH:Kanak-kanak autisme hilang: Polis belum temui sebarang petunjuk


Keluarga ikhtiar, solat hajat cari Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sejak Selasa, Ismanira Abdul Manaf, 28, mahu melakukan kaedah perubatan Islam bagi mengesan keberadaan anaknya.

Ismanira berkata, sudah 24 jam Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan hilang dan jika masih tidak ditemui, dia akan cuba ikhtiar secara Islam melalui solat hajat dan sebagainya untuk mencari anaknya itu.

BACA ARTIKEL PENUH:Keluarga ikhtiar, solat hajat cari Zayn Rayyan


Budak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.

BACA ARTIKEL PENUH:Budak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia


'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi

"Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam (Selasa) Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini," demikian kata seorang saksi, Faizol Najib Abdul Naim.

Dia bersama empat lagi penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai bersama pasukan polis sepatutnya melakukan pencarian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin berusia 6 tahun dari rumah ke rumah.

Anggota Polis bersama penduduk menjumpai mayat kanak-kanak autism, Zayn Rayan Abdul Matin, 6, di dalam anak sungai di belakang kawasan perumahan Flat Idaman Damansara Damai.
Anggota Polis bersama penduduk menjumpai mayat kanak-kanak autism, Zayn Rayan Abdul Matin, 6, di dalam anak sungai di belakang kawasan perumahan Flat Idaman Damansara Damai.

BACA ARTIKEL PENUH:'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi


Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui

Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata, selepas laporan polis diterima, pasukan mencari dan menyelamat sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH:Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui


KHAMIS [7 DISEMBER 2023]

Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat

Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat.

BACA ARTIKEL PENUH:Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat


'Zayn Rayyan tolak neneknya, sebab mahu tidur dengan saya'

Pemergian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memberi kesan cukup mendalam buat datuknya, Zahari Mohd Reba, 55, yang cukup rapat dengan Allahyarham.

Ujar Zahari, sebelum cucunya itu dilaporkan hilang, sudah menjadi kebiasaan arwah akan datang ke rumah dengan ditemani anak dan menantunya pada hari cuti umum setiap minggu.

BACA ARTIKEL PENUH:'Zayn Rayyan tolak neneknya, sebab mahu tidur dengan saya'


Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis juga akan merakam keterangan jiran dan saksi dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

BACA ARTIKEL PENUH:Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan


Rasa seperti Zayn Rayyan masih ada' - Ibu

Meskipun reda dengan pemergian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, namun ibunya Ismanira Abdul Manaf, 28, masih lagi belum dapat menerima khabar duka pemergian anaknya itu.

“Memang Zayn sudah tiada, Saya susah nak terima benda ini. Saya tak boleh tidur malam tadi dan sampai sekarang pun saya rasa Zayn masih ada,” luah Ismanira ketika ditemui pemberita pada Khamis.

BACA ARTIKEL PENUH:Rasa seperti Zayn Rayyan masih ada' - Ibu


Kematian Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat, elak buat andaian

Polis meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan seorang kanak-kanak autisme yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) setakat ini.

BACA ARTIKEL PENUH:Kematian Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat, elak buat andaian


Zayn Rayyan dipercayai mati dibunuh - Polis

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Rabu dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa.

BACA ARTIKEL PENUH:Zayn Rayyan dipercayai mati dibunuh - Polis


Suasana pilu iringi pemergian Zayn Rayyan

Suasana pilu menyelubungi sekitar pengebumian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan ini sekitar jam 6.49 petang selepas dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

BACA ARTIKEL PENUH:Suasana pilu iringi pemergian Zayn Rayyan


Zayn Rayyan dibunuh: Keluarga serah kepada polis jalankan siasatan

'Kami serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat'.

Demikian reaksi beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa ketika ditanya berkaitan kejadian yang menimpa kanak-kanak autisme, Rayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh.

BACA ARTIKEL PENUH:Zayn Rayyan dibunuh: Keluarga serah kepada polis jalankan siasatan


Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut

SHAH ALAM - Polis masih menyiasat punca kecederaan pada leher yang dialami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan menjurus kepada punca sebenar kematian mangsa.

BACA ARTIKEL PENUH:Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut


JUMAAT [8 DISEMBER 2023]

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh

Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

BACA ARTIKEL PENUH:Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh


Zayn Rayyan suka makan spageti, bihun goreng - Pengasuh

PETALING JAYA - “Banyak kenangan saya dengan Zayn, sukar untuk saya lupakan pengalaman selama setahun menjaganya,” kata Auni Afiqah Abas, 28, pengasuh kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Menurutnya, kehilangan itu menusuk jauh ke dalam hatinya dan benar-benar perit untuk diterima selepas kanak-kanak berusia enam tahun itu disahkan mati akibat dibunuh.

BACA ARTIKEL PENUH:Zayn Rayyan suka makan spageti, bihun goreng - Pengasuh


'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk

PETALING JAYA - Penduduk menyifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam yang tidak disangka berlaku sejak taman perumahan itu mula didiami lebih 20 tahun yang lalu.

Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1, Zamri Saidin berkata, pihaknya sama sekali tidak menyangka berlaku kejadian seperti itu kerana penduduk di kawasan berkenaan amat mengenali antara satu sama lain.

BACA ARTIKEL PENUH:'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk

Pembunuh Zayn Rayyan perlu dihukum

SEORANG kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, Kuala Lumpur pada Rabu perlu diberi keadilan sewajarnya.

Ia berikutan hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa yang dipercayai telah dibunuh.

BACA ARTIKEL PENUH:Pembunuh Zayn Rayyan perlu dihukum

@sinarharianonline Kronologi penemuan Zayn Rayyan BULETIN TIKTOK 7 DISEMBER 2023 [DIKEMAS KINI] Umum mengetahui kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang hilang telah ditemui meninggal dunia pada malam tadi. Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis. Jenazah Zayn Rayyan dituntut oleh keluarga di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 5.55 petang, Khamis. Ini kronologi dan detik penemuan terakhir adik Zayn. Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co #fyp#SinarHarian#SinarTerkini#BuletinTikTok#Hilang#zayn#SinarHarian#SinarTerkini#BuletinTikTok#Hilang#Zayn original sound - Sinar Harian