[VIDEO] 'Rasa seperti Zayn Rayyan masih ada' - Ibu

A
A
A

SUNGAI BULOH - Meskipun reda dengan pemergian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, namun ibunya Ismanira Abdul Manaf, 28, masih lagi belum dapat menerima khabar duka pemergian anaknya itu.

“Memang Zayn sudah tiada, Saya susah nak terima benda ini. Saya tak boleh tidur malam tadi dan sampai sekarang pun saya rasa Zayn masih ada,” luah Ismanira ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Ismanira yang ditemui di Hospital Sungai Buloh berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berakhir sedemikian, dan mengakui emosinya belum stabil untuk berkongsi perkara itu.

Bagaimanapun, dia dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, menghargai pihak terlibat dalam usaha pencarian dan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan anaknya.

Ismanira dan Zaim Ikhwan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh pada Khamis. (Gambar kecil: Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin)
Ismanira dan Zaim Ikhwan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh pada Khamis. (Gambar kecil: Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin)

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn, saya tak mahu bagi komen apa-apa buat masa ini saya serahkan pihak polis untuk jalankan siasatan.

“Saya minta pihak polis menyiasat lebih lanjut lagi. Saya ucapkan terima kasih semua, pihak bomba, polis, pihak media yang menolong saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya lagi.

Sementera itu, Zaim Ikhwan pula memaklumkan pihaknya merancang untuk mengadakan solat jenazah di masjid dekat Damansara Damai sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara.

Artikel Berkaitan:

“Apa-apa statement (kenyataan) tak boleh komen, dan bedah siasat dijangka berlangsung lebih kurang empat jam,” katanya.