Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat.

"Kami masih lagi menunggu keputusan dari forensik pada pagi ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara.

"Kalau cepat (akan dikebumikan) sebelum Zohor dan urusan pengebumian di bergantung kepada keputusan forensik pagi ini," katanya yang memberitahu mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 9 malam.

Sebelum itu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari pada Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis. Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat. #SinarHarian#SinarTerkini#ZaynRayyan#autisme#budakhilang Sad and lonely - MoppySound