Suasana pilu iringi pemergian Zayn Rayyan

 Suasana pilu menyelubungi sekitar pengebumian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini pada Khamis.

A
A
A

PETALING JAYA - Suasana pilu menyelubungi sekitar pengebumian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan ini sekitar jam 6.49 petang selepas dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Jenazah sebelum itu dibawa untuk disolatkan di Masjid Al Muhtadim, Damansara Damai.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Allahyarham yang turut dihadiri lebih 200 ahli keluarga selain kenalan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan meninggal dunia telah mati dibunuh.

Ini susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu yang sepadan dengan perbuatan jenayah.

Berikutan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Artikel Berkaitan: