Kanak-kanak autisme hilang: Polis belum temui sebarang petunjuk

Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya masih menjalankan pencarian di lokasi kanak-kanak itu hilang, di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang petunjuk berkaitan keberadaan kanak-kanak tersebut, pencarian setakat ini masih diteruskan.

“Kita juga telah mengambil keterangan ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Rabu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.36 petang, Selasa.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

@sinarharianonline

Mencari budak hilang #fyp #SinarHarian #SinarTerkini Di mana #ZaynRayyan #Autisme #DamansaraDamai #budakhilang

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian