Kes Ahmad Zahid: Rakyat perlu penjelasan munasabah

Mahkamah Tinggi pada Isnin memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi pada Isnin memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama
A
A
A

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan ternyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Pertuduhan itu melibatkan lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Terdahulu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid sehingga peringkat ini.

Sudah tentu situasi itu turut dijangka mempengaruhi perspektif dan pandangan rakyat terhadap institusi kehakiman dan sistem perundangan di negara ini.

Tidak kurang juga dalam keadaan pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pulai yang sedang berlangsung ketika ini, ia pastinya dijadikan sebagai bahan kempen ahli-ahli politik tertentu dalam mempengaruhi sentimen pengundi.

Lupakan soal kempen, isu melibatkan Presiden UMNO itu turut membangkitkan suara dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebahagian bekas pengamal perundangan.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menerusi hantaran di aplikasi X pada Isnin berkata, satu penjelasan perlu dilakukan kepada orang ramai berhubung kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, situasi yang berlaku itu merupakan satu pembaziran terhadap dana awam dalam membuktikan pembaziran semua kerja keras ahli-ahli Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa iltizam kerajaan untuk menstruktur semula kuasa pendakwaan dengan pengasingan kuasa antara pendakwa raya dan Pejabat Peguam Negara.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menerusi kenyataan pada Isnin berkata, usaha itu bagi mengelak sebarang bayang-bayang keraguan dalam tindakan yang dibuat oleh pendakwa raya dalam pendakwaan

Muhammad Faisal turut menggesa AGC agar memberi penjelasan di sebalik keputusan tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid itu.

Jelasnya, tindakan itu bertujuan supaya dapat mengelakkan sebarang salah faham dan menghentikan sebarang spekulasi yang berpotensi memberi kesan terhadap persepsi masyarakat awam mengenai sistem keadilan negara.

Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin berkata, tugas beliau dan pimpinan UMNO serta BN selepas ini adalah untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap segala bentuk tuduhan politik yang dilemparkan selama ini.

Menurutnya, pertuduhan ke atasnya itu adalah bertujuan membunuh karier politiknya tetapi kini sudah berjaya dihentikan.

Sudah tentu bagi pihak berkepentingan, cadangan daripada NGO, parti politik dan pakar profesional tentunya memainkan peranan penting dalam memastikan tanggapan rakyat terhadap sistem keadilan negara di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan kekal teguh dan tidak goyah.

Salah satu cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah memberi penjelasan yang munasabah kepada rakyat supaya sebarang spekulasi dan salah faham dapat dielakkan daripada berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Zahid bukti wujud pendakwaan bermotif politik - UMNO Perak

ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid - Fadillah

Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Kronologi kes Ahmad Zahid

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah

Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh