Beri rasuah RM1 juta kepada anggota, pegawai polis: Tiga individu termasuk Datuk ditahan

Tiga individu ditahan bantu siasatan kes rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat bergelar Datuk antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.

Rasuah itu dipercayai diberikan sebagai balasan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan penyeludupan rokok haram yang dijalankan di sekitar Pantai Timur dan Lembah Klang.

Dua lagi individu yang ditahan ialah seorang guru tuisyen dan pegawai pemasaran, masing-masing berusia lingkungan 30 hingga 50-an.

Ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Ahad di beberapa lokasi berasingan sekitar Putrajaya, Selangor dan Johor.

Tiga individu ditahan bantu siasatan kes rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes rasuah kira-kira RM1 juta kepada anggota dan pegawai polis bagi melindungi kegiatan penyeludupan rokok haram.

Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 2 November lalu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan kegiatan itu sejak 2020 hingga kini dengan bertindak sebagai orang tengah dalam penyaluran wang rasuah kepada beberapa anggota lain-lain pangkat dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Susulan penahanan itu, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama PDRM menjalankan pemeriksaan di beberapa lokasi termasuk premis pejabat dan kediaman suspek.

Artikel Berkaitan:

Operasi berkenaan membawa kepada penyitaan empat kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM600,000, selain empat telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

SPRM turut membekukan 20 akaun bank persendirian serta sembilan akaun bank syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!