Thailand saran beg kecemasan 72 jam

BANGKOK – Kerajaan Thailand menggesa setiap isi rumah menyediakan beg kecemasan mengandungi bekalan keperluan asas untuk bertahan selama 72 jam ketika bencana atau krisis berlaku.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), Nirat Pongsitthaworn berkata, persediaan itu penting sementara menunggu bantuan pihak berkuasa tiba.
Menurutnya, beg tersebut perlu mengandungi enam kategori barangan iaitu ubat-ubatan, makanan dan air minuman, peralatan komunikasi, dokumen penting serta wang tunai, kelengkapan kebersihan dan pakaian.
Orang ramai disaran menyediakan tiga liter air sehari bagi setiap individu.
Beg kalis air itu perlu disimpan di lokasi mudah dicapai dan diperiksa secara berkala. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

