Nahas Elmina: Operasi bawa keluar bangkai, serpihan pesawat selesai

Petugas-petugas Penerbangan ADMAL Sdn Bhd melakukan kerja-kerja membawa keluar serpihan pesawat di lokasi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina pada Isnin. - Foto Bernama (Gambar kecil: Hussein)
Petugas-petugas Penerbangan ADMAL Sdn Bhd melakukan kerja-kerja membawa keluar serpihan pesawat di lokasi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina pada Isnin. - Foto Bernama (Gambar kecil: Hussein)
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di sini telah selesai pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi nahas akan dikosongkan malam Isnin.

"Kesemua kawalan polis di lokasi nahas juga akan dihentikan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan mendapati lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan telah meninggalkan lokasi nahas pada kira-kira 7 malam.

Keadaan cuaca yang mendung dan kadangkala hujan tidak menghalang proses membawa keluar bangkai pesawat itu.

Selain itu, jalan yang terlibat dengan nahas akan dibersihkan namun laluan masih ditutup dan polis juga telah membuka garisan kuning yang dipasang di lokasi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia berlaku.

Siasatan teknikal berdasarkan Lampiran 13 - Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), telahpun dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara dari tarikh kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Nahas yang berlaku pada Khamis lepas telah mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'

Nahas Elmina: Juruterbang Shahrul Kamal anak yang baik - Ibu

Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga

Anak sulung ketuai perjalanan terakhir Khairil Azwan

Nahas Elmina: Adik nekad teruskan legasi kebaikan Ustaz Deris

Nahas Elmina: Penantian keluarga berakhir, kini tunggu laporan siasatan

Juruterbang Heikal Aras taat ibu bapa, tak pernah tinggi suara - Abang

Tolong jaga anak-anak, pesan Mohammad Taufiq kepada ibu

Jenazah Shaharul Amir dikebumikan mengikut istiadat TLDM