'Hormat, jangan politikkan Hari Kebangsaan' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid hadir merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Hari Peringatan Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin. Foto: Rafiq Redzuan Hamzah
Ahmad Zahid hadir merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Hari Peringatan Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin. Foto: Rafiq Redzuan Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak untuk tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan dan menghormati apa juga bentuk yang dibawa kerajaan.

Menurutnya, semua bangsa dan agama biar pun latar belakang berbeza harus menghormati perkara ini.

"Seharusnya agenda dan tema Hari Kebangsaan tersebut didakap oleh semua lapisan masyarakat. Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan.

"Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek," katanya selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Hari Peringatan Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali

Mengulas lanjut, ujar Ahmad Zahid, pandangan pegangan dan pendapat boleh berbeza.

Namun, katanya, ada tatacara, perbezaan dan pendapat yang tidak harus semberono.

"Biar rakyat menilai dan melihat dalam soal ini, kita lihat ada sebuah negeri yang mengikut tema dan logo Hari Kebangsaan juga semangat patriotisme," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.

Susulan itu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN iaitu 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera' dengan logo elemen bunga raya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Perlis cuma tolak logo, tiada masalah ikut tema Hari Kebangsaan

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah

Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Tema Hari Kebangsaan ajak rakyat kukuhkan perpaduan, bersatu hadapi cabaran

Hari Kebangsaan: Cadang guna tema, logo berbeza khianati prinsip federalisme

Hari Kebangsaan sambutan negara, tidak patut ada perbezaan - Fahmi

Guna logo, tema berbeza bawa perpecahan lebih besar - Ahmad Maslan

AMK gesa Pemuda PN batal hasrat guna logo, tema berbeza