Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Adam Adli
Adam Adli
A
A
A

IPOH - Tindakan empat negeri pembangkang yang memperkenalkan tema berbeza sempena Hari Kebangsaan hanya bersifat politik semata-mata.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, sambutan Hari Kebangsaan sepatutnya disambut untuk meraikan seluruh rakyat Malaysia dengan semangat perpaduan.

Menurutnya, Hari Kebangsaan tidak ada kena mengena dengan parti atau mana-mana ideologi politik.

"Jadi adalah satu yang amat khilaf bagi mana-mana pihak untuk mengajukan tema berbeza sambutan yang dilihat berasingan. Saya harap perkara itu tidak perlu diteruskan. Hormati kita punya semangat federalisme jangan pecahbelahkan masyarakat sedemikian rupa.

"Saya kira pertimbangan yang diambil itu memang pertimbangan politik, bukan pertimbangan dengan mana-mana konteks kenegerian atau kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Ahad.

Adam yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia turut kesal dengan keputusan pembangkang itu dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya kerajaan negeri ditadbir komponen itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Adam Adli (tiga dari kira) menyampaikan sijil penyertaan kepada atlet-atlet Muaythai sempena Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Ahad.
Adam Adli (tiga dari kira) menyampaikan sijil penyertaan kepada atlet-atlet Muaythai sempena Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Ahad.

Ahmad Fadhli berkata, logo yang diperkenalkan Pemuda PN itu berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.

Sementara itu pada Sabtu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza tahun ini.

Menterinya, Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau baharu sahaja menerima laporan berkenaan dan akan meneliti dengan terperinci kerana tidak mahu mewujudkan suatu jurang yang berbeza serta suasana tidak bersatu padu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Hari Kebangsaan: Cadang guna tema, logo berbeza khianati prinsip federalisme

Hari Kebangsaan sambutan negara, tidak patut ada perbezaan - Fahmi

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah