Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika bertemu para pengamal media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Tahun 2023 di Padang Bola Sepak ABC, Presint 5, Putrajaya, pada Ahad. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ketika bertemu para pengamal media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Tahun 2023 di Padang Bola Sepak ABC, Presint 5, Putrajaya, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan berkata, empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri, Ahmad Zahid menyifatkan ia bersifat jumud.

"Ini bukan soal politik, ini soal bendera perayaan (Hari Kebangsaan) dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini pada Ahad.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu iaitu "Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.

Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Hari Kebangsaan: Cadang guna tema, logo berbeza khianati prinsip federalisme

Artikel Berkaitan:

Hari Kebangsaan sambutan negara, tidak patut ada perbezaan - Fahmi

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah