Agong gering, dinasihatkan berehat untuk pemulihan - Istana Negara

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kini berada dalam keadaan gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara pada Rabu.

"Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, Khamis turut ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain," katanya pada Jumaat.
Menurut Istana Negara, Sultan Ibrahim bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal
- Istana Negara meminta Sultan Ibrahim berehat dan tidak berangkat ke majlis untuk pemulihan
- Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan lain-lain di Istana Negara dibatalkan
- Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia juga ditangguhkan
- Sultan Ibrahim akan kembali berangkat majlis rasmi sebaik kesihatan beransur pulih
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


