Menantu Presiden Jcorp antara mangsa nahas pesawat terhempas

Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. - Foto Bernama
Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menantu lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim adalah antara mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.

Perkara itu disahkan Johor Corporation (JCorp) dalam perkongsian menerusi Facebook rasmi syarikat itu, namun tidak menyatakan nama mangsa.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham serta seluruh mangsa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

"Kami juga ingin memohon semua pihak untuk menghormati privasi keluarga dalam menghadapi ujian yang sukar ini," menurut hantaran itu.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut.

Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.

Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan selain Johari, turut berada dalam senarai penumpang ialah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani menerusi hantaran dalam Facebook turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini