Jenazah Johari selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumikan pada jam 12.16 tengah hari. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Jenazah Allahyarham Johari selamat dikebumikan pada jam 12.16 tengah hari. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A
GOMBAK - Jenazah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor, di sini pada Ahad.

Jenazah Johari yang juga merupakan salah seorang mangsa dalam nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis itu tiba di pekarangan masjid pada jam 10.18 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 12.16 tengah hari selepas selesai disolatkan.

Jenazah Allahyarham disolatkan. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Jenazah Allahyarham disolatkan. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke pengebumian berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.



Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sebelum ini, balu Allahyarham, Datin Seri Maziah Samsudin hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada Sabtu.

Difahamkan kehadiran beliau berkaitan urusan pengecaman jenazah Allahyarham.

Pada Sabtu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kesemua sembilan jenazah mangsa terlibat nahas ini boleh dituntut kira-kira jam 9 pagi di Jabatan Forensik, HTAR Klang.

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke pengebumian berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke pengebumian berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.



Pada Khamis, nahas pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam mengorbankan 10 nyawa termasuk Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu.

Insiden berkenaan melibatkan enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing ialah penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Pesawat tersebut yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu dilaporkan mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenalan, waris Johari tiba di tanah perkuburan

Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas pesawat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Artikel Berkaitan:

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut

Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

[KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

Nahas Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumikan

Urusan pengebumian Johari diserahkan kepada waris

Orang ramai berkumpul tunggu jenazah Muhamad Hafiz

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Agong beri sumbangan peribadi kepada balu nahas pesawat Elmina

Nahas Elmina: Balu ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'