ADUN Mata Ayer, Wan Badariah meninggal dunia

Allahyarham Wan Badariah
Allahyarham Wan Badariah
A
A
A

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang ini.

Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim dalam hantaran di Facebook Pas Negeri Perlis memaklumkan Wan Badariah meninggal dunia pada jam 4.26 petang.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.

Mohamad Zahid juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Wan Badariah yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memperoleh 4,419 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Siti Berenee Yahya (2,398 undi) dan Amran Kamaruddin daripada Pakatan Harapan (PH) (794 undi) dengan majoriti 2,021 undi. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!