Laporan nahas Elmina dalam masa 30 hari, MOT minta orang awam bantu siasatan

Antara serpihan bangkai pesawat bertaburan di kawasan nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, semalam.

- Foto Bernama.
Antara serpihan bangkai pesawat bertaburan di kawasan nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, semalam.

- Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 - Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

"Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kenyataan MOT itu memaklumkan penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

Oleh yang demikian, MOT memohon bantuan orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar yang relevan, untuk tampil mengemukakan bahan berkenaan kepada BSKU bagi membantu kerja-kerja siasatan insiden tersebut.

Bahan-bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel bsku@mot.gov.my atau hubungi talian khas BSKU 03-8892 1235 (Lt Kol Juma’in Saadon TUDM).

MOT juga memohon kerjasama orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian dan menyaksikan kemalangan tersebut, untuk berhubung dengan BSKU melalui e-mel ataupun talian tersebut bagi membantu siasatan.

Sementara itu, MOT merayu kepada orang awam untuk tidak menyebarluaskan imej dan video mangsa yang terkorban dalam kemalangan udara tersebut.

Menurut kenyataan itu, perbuatan sedemikian akan menimbulkan kekeliruan dan spekulasi yang bukan sahaja menganggu siasatan kemalangan udara, tetapi menyinggung perasaan keluarga waris mangsa.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian pada 2.48 petang Khamis lepas, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru, terhempas di kawasan Elmina.

Semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban, manakala dua orang awam turut terkorban iaitu seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu e-hailing yang melalui tempat kejadian. - Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'